Puan Hajah Misnah bt. Abdul Rahman yang juga isteri kepda Penasihat Taman Desa Indah, Tuan Hj. Jamil telah meninggal dunia pada hari Jumaat 14 Oktober 2011 di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang...
Jenazahnya telah selamat disemadikan di Perkuburan Islam Jln, Sg. Jati pada hari Sabtu 15 Oktober 2011 jam 10.00 pagi.
Warga taman merakamkan ucapan takziah...semoga roh Allahyarhamah Hjh Misnah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman....Insya Allah..
1 comment:
Terakhir duduk dengan arwahnya ketika majlis kenduri di rumah Mohd.Noh. Tahun ini waktu bertandang beraya di rumahnya teringat kata-katanya sama ada boleh panjang umur dan jumpa lagi tahun depan. Rupayanya Allah lebih mengasihinya. Semasa hayatnya pasangan ini saling menyayangi dan boleh jadi contoh pada kita semua. Al Fahtihah.
Post a Comment