Wednesday, September 29, 2010

JEMPUTAN MAJLIS HARI RAYA



Penasihat, Pengerusi dan AJK Badan Kebajikan Taman Desa Indah (BKTDI) ingin menjemput semua warga taman hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidil-Fitri pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 2 Oktober 2010
23 Syawal 1431H
Sabtu Malam Ahad

Jam : 8.00 malam

Tempat : Lorong Puteri 3
Taman Desa Indah

Tuesday, September 28, 2010

pemakluman.



Tuan Hj. Abdul Aziz bin Abdul Jalil, Naib Pengerusi BKTDI telah berpindah ke tempat baru pada awal Ramadhan yang lalu. Beliau merupakan ahli BKTDI yang aktif dan warga taman mendoakan kebahagian beliau sekeluarga ditempat yang baru. Semoga BKTDI akan menjadi kenangan manis yang abadi kepada beliau...Alamat baru Tuan Hj. Aziz yang baru adalah seperti berikut:-

No. 9,

Jalan 3C/KU5,


Taman Aman Perdana,

41050 Klang

Selangor Darul Ehsan

Wednesday, September 15, 2010

Suatu kesudahan dari sebuah tragedi


14 Sept 2010 -(5 Syawal 1431H) Muhammad Irsyad Zamani anak Encik Nor Sad telah meninggal dunia jam 8.40 malam di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang setelah 14 hari menerima rawatan di Unit ICU.

15 Sept. 2010- Allahyarham telah selamat disemadikan di Perkuburan Islam Kg. Jawa pada jam 10.00 pagi dengan dihadiri oleh teman-teman Allahyarham, ahli-ahli keluarga dan juga warga taman.

Seluruh warga taman mengucapkan takziah kepada keluarga Encik Nor Sad..semuga tabah menerima dugaan NYA. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang salih. AMIN..

Monday, September 13, 2010

tragedi lagi..

seminggu sebelum hari raya menjelang tragedi telah menimpa keluarga Encik Nor Sad kerana anak beliau iaitu Zamani Irsyad telah mengalami kemalangan setelah bertembung dengan sebuah kereta di Batu 1, Kg. Jawa, Klang.

Zamani telah ditempatkan di Unit ICU Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang setelah mendapat kecederaan yang serius di kaki selain dari kehilangan darah yang terlalu banyak.

Pada hari kedua Syawal pula, kaki Zamani terpaksa dipotong...

Seluruh warga taman turut berdukacita atas kejadian yang menimpa ini . Semasa kedua ibubapa Zamani yang ditemui pada Syawal ketiga, mereka cuma mengharapkan doa dari kita semua memohon agar Zamani selamat dan dapat meneruskan kehidupan........AMIN