Sunday, December 26, 2010

BBQ Malam Minggu











Encik Jemaneh telah mengadakan makan-makan pada hari sabtu malam minggu 25 disember 2010 diperkarangan rumah beliau.

Sunday, December 19, 2010

DJ yang penuh gaya..


Encik Latif bin Hj. Jamaludin bertindak sebagai Juruacara(mc)pada majlis perkahwinan Samsiah.

gerai rojak/laksa/aiskerim



Encik Fauzi dan Encik Am sedang bertugas digerai laksa/rojak/aiskerim di majlis kenduri kahwin dirumah Tuan Hj.Jamaludin

majlis walimatul-urus Hj. Jamaludin




Tuan Hj. Jamaludin (Penasihat BKTDI) dan Puan Hjh Norsiah telah selamat mengadakan majlis perkahwinan anak perempuan mereka iaitu Samsiah dan pasangannya Ibrahim bin Omar Hathab pada hari Ahad 19 Disember 2010.





Tuan Hj. Jamaludin sedang melayan para tetamu yang hadir.













Pada jam 10.00 pagi , majlis telah diserikan dengan dengan majlis berzanji dan marhaban oleh Kumpulan Marhaban Wanita Kg. Jawa,Klang.



Saturday, December 18, 2010

bakat-bakat terpendam Taman Desa Indah

Bakat-bakat terpendam ahli-ahli Taman yang berjaya dicungkil semasa kenduri Encik Jemaneh






Sunday, December 12, 2010

Pengantin pun menyanyi

Shahri dan Iffa menyanyikan lagu yang amat syahdu yang dipopularkan oleh Mayang Sari dan Deddy Doresiaitu "Jangan Pisahkan"

MAJLIS PERKAHWINAN IFFA & SHAHRIL

Penasihat dan Pengerusi Taman serta Encik Jemaneh

Dua mempelai dipelaminan..Norrifah & Shahril















Majlis p
erkahwinan anak perempuan Encik Jemanih dan Puan Azizah iaitu Iffa dan Shahril telah diadakan pada Ahad 12/12/2012 di No.2, Lorong Puteri 4,








Persembahan Gamelan dan Silat menambah seri lagi majlis

Saturday, December 4, 2010

Hari pernikahan puteri Jemanih

Ahli Taman Desa Indah, Encik Jemanih dan Puan Azizah telah selamat mengadakan majlis pernikahan anak perempuan mereka iaitu Noorrifah dan pasangannya Shahril pada Hari Sabtu 4/12/2010 selepas waktu zohor di Masjid Sultan Sulaiman, Klang. Upacara akad nikah telah disempurnakan oleh Tuan Iman, Tuan Haji Shakir bin M. Salih. Selepas majlis pernikahan dijalankan, rombongan terus pergi kerumah pihak perempuan untuk jamuan dan pertukaran barang-barang hantaran... INSYA ALLAH majlis persandingan/kenduri kahwin akan diadakan pada Hari Ahad depan 12/12/2010.










Wednesday, November 17, 2010

Program Takbir Aidil-Adha 1431H


Program Takbir dari rumah ke rumah telah di adakan pada 16 November 2010, Selasa malam Rabu bermula dari rumah Penasihat BKTDI, Tuan Hj. Jamil dan diakhiri di rumah Encik Jemaneh

Program pada kali ini telah melibatkan sebanyak 15 buah rumah ahli dan dimulakan selepas Isyak dan berakhir pada jam 11.00 malam serta diikuti dengan jamuan di khemah yang disediakan di Lorong Puteri 4.

Monday, October 4, 2010

abadikan kenangan....

berlatarbelakang kan kegelapan malam.........gambar kenangan ini diabadikan.....semoga ia tersimpan dalam lipatan memori indah................................

Tumpuan ramai dimalam sambutan aidilfitri taman



gerai yang menjadi tumpuan pada malam tersebut ialah gerai cendol dan gerai sate...manakala ais kerim menjadi pilihan anak-anak..

Sunday, October 3, 2010

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI







BKTDI telah menganjurkan majlis hari raya aidilfitri 1431H pada 2 Oktober 2010, bertempat di Lorong Puteri 3 bermula jam 8.00 malam. Jamuan telah disajikan dengan hidangan nasi beriani, laksa, lemang, nasihimpit, sate, air kelapa muda, cendol, kuih muih, buah-buahan, ais kerim dan sebagainya.. Walaubagaimanapun Pengerusi BKTDI tidak dapat turut serta kerana terpaksa balik ke Johor berikutan abang iparbeliau telah meninggal dunia. Tuan Hj. Mohd Ashar telah menggantikan sebagai Pengerusi Majlis pada malamtersebut..
BKTDI mengucapkan terima kasih kepada warga taman yang telah memberikan sumbangan sama ada dalam bentuk wang ringgit, juadah dan tenaga dalam menjayakan majlis....hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya...

Saturday, October 2, 2010

Penyediaan Air Kelapa Muda



















sama-sama bergotongroyong menyediakan air kelapa muda untuk jamuan yang akan diadakan malam ini....