Thursday, January 29, 2009

TERIMA KASIH BUAT SEMUA

Terima kasih kepada semua sahabat handai, saudara mara khasnya saudara-saudaraku di TDI yang sudi meluangkan masa berkunjung melawat isteriku ( Masitah) yang ditakdirkan mendapat sedikit ujian Allah. Kunjungan saudara-saudaraku tentunya memberi semangat kepadanya untuk lebih tabah berperang emosi dan kekuatan lantaran pembedahan akibat kompilasi usus yang terpaksa dipotong untuk elak daripada lebih parah. Juga kepada para doktor pakar dan kru tenaga perubatan HTAR Klang yang tabah menjalankan tugas dan tanggungjawab. Melihat isteri terlantar jauh merenung kesukaran warga Palestin yang jauh lebih menderita dan sesungguhnya itu adalah ujian yang perlu dihadapi.

Monday, January 12, 2009

program penyediaan bubur lambuk




Jawatankuasa BKTDI telah menganjurkan program penyediaan bubur lambuk pada hari Sabtu 10 Januari, 2008 bersamaan 13 Muharam 1430 H bertempat di Lorong Puteri 3, Taman Desa Indah. Gotong royong memasak telah dimulakan pada jam 12.00 tengahari...
Ahli-ahli taman berkumpul untuk menikmati hidangan bubur lambuk selepas waktu asar dimulai dengan bacaan doa selamat diketuai oleh Penasihat BKTDI iaitu Tuan Hj. Jamaludin dan Tuan Hj. Jamil.
Beberapa ahli taman telah bermurah hati menyumbangkan kuih muih sebagai menambah hidangan pada petang tersebut.
Jawatankuasa BKTDI mengucapkan terima kasih diatas segala sumbangan yang telah diberikan samada sumbangan kuih muih, sumbangan tenaga dan sebagainya.
Tujuan utama diadakan program yang sebegini ialah untuk merapatkan lagi tali silatulrahim yang telah sedia terjalin.