Saturday, December 24, 2011

pertandingan badminton keluarga Taman Desa Indah





BKTDI telah menganjurkan pertandingan badminton diantara keluarga pada hari Sabtu 24 Disember 2011 bermula jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Jawa, Klang. Acara-acara tersebut melibatkan pertandingan regu remaja anak-anak ahli taman dan juga pertandingan beregu veteren (ahli-ahli taman).

Sunday, November 6, 2011

.....dan lagi gambar-gambar majlis korban








majlis korban taman




BKTDI pada tahun ini menganjurkan majlis korban sebanyak 4 ekor lembu. Upacara penyembelihan dimulakan selepas sahaja solat sunat aidil-adha, bertempat di tapak majlis korban (bersebelahan taman).

program takbir malam aidil-adha





Program takbir dari rumah kerumah telah diadakan sempena hari raya aidil-adha 1432H sepertimana yang telah diadakan setiap tahun dikalangan warga taman.












Program yang bermula selepas Isyak telah dimulai dari rumah Penasihat BKTDI dan berakhir di Lorong Puteri 2 dimana khemah telah disediakan untuk warga taman menikmati jamuan selepas program takbir yang berakhir pada jam 11.30 malam.

Saturday, October 29, 2011

Gotong Royong Taman




Gotong royong diadakan pada pagi Sabtu 29 Oktober 2011 bagi membersihkan kawasan Majlis Korban Aidil-Adha 1432h yang akan akan diadakan pada Hari Raya Aidil-Adha minggu depan..

Saturday, October 15, 2011

AL-FATIHAH



Hari ini warga taman menyaksikan lagi kehilangan seorang lagi warga emasnya...
Puan Hajah Misnah bt. Abdul Rahman yang juga isteri kepda Penasihat Taman Desa Indah, Tuan Hj. Jamil telah meninggal dunia pada hari Jumaat 14 Oktober 2011 di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang...

Jenazahnya telah selamat disemadikan di Perkuburan Islam Jln, Sg. Jati pada hari Sabtu 15 Oktober 2011 jam 10.00 pagi.

Warga taman merakamkan ucapan takziah...semoga roh Allahyarhamah Hjh Misnah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman....Insya Allah..

Sunday, October 9, 2011

Labbaikallahhumalabbaik.......

Seluruh warga taman mengucapkan tahniah kepada ahli Taman Desa Indah yang telah dan akan pergi mengerjakan ibadah haji ke Tanah Suci Mekah seperti berikut:-

(i) Ahmad Zawawi dan isteri (Anis) pada 2 Oktober 2011.
(ii) Mohd Noor Atan dan isteri (Suriyati) pada 16 Oktober 2011.
(iii) Imam Shakir dan ibu (Puan Rabeah) pada 18 Oktober 2011.
(iv) Jemanih dan isteri (Azizah) pada 24 Oktober 2011.

Semoga mereka diberi kesihatan, kekuatan dan selamat pergi dan balik serta mudah-mudahan mendapat haji yang mabrur. Insya Allah

Sunday, September 25, 2011

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil-Fitri Taman Desa Indah





BKTDI telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil-Fitri 1432H pada 24 September 2011 bersamaan 26 Syawal 1432H bertempat di Lorong Puteri 3, Taman Desa Indah, bermula sebaik sahaja Mesyuarat Agung BKTDI Kali Ke-8 selesai.


Majlis yang diadakan saban tahun ini menyediakan menu biasa hari raya seperti satay,rendang daging, ayam masak merah, lemang, nasi himpit, laksa, kuih muih, buah-buahan dan juga menu utama iaitu nasi goreng cina.


Seperti biasa tetamu jemputan adalah terdiri dari beberapa bekas ahli taman, penduduk disekitar taman dan juga wakil masjid Kg. Jawa.

Meyuarat Agung BKTDI Kali ke-8



Badan Kebajikan Taman Desa Indah (BKTDI) telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali ke-8 pada 24 September 2011, bertempat di Lorong Puteri 3, Taman Desa Indah bermula jam 8.30 malam. Mesyuarat 3 tahun sekali ini ialah bagi perlantikan AJK BKTDI sesi 2011/2014.

Kaedah yang digunakan pada kali ini ialah dengan mengedarkan borang-borang cadangan/pencalunan AJK yang perlu diisi oleh semua ahli taman. Setelah dikumpul dan dibuat pengiraan maka AJK BKTDI Sesi 2011/2014 yang mendapat pencalunan tertinggi dan yang dilantik adalah seperti berikut:-

Penasihat
Tuan Hj. Jamil bin Bakri
Tuan Hj. Jamaludin bin Wahab

Pengerusi
Encik Ismail bin Supandi

Naib Pengerusi
Encik Ahmad Zawawi bin Zakaria.

Bendahari
Tuan Hj. Mohd Ashar bin Sarbini

Setiausaha
Encik Zaini bin Ismail

AJK Lelaki
1. Encik Mohd Noor bin Atan
2. Encik Azmel bin Kamarudin
3. Encik Nor Sad bin Darus
4. Encik Abu Bakar bin Sidek
5. Encik Abd Karim bin Daud
6. Encik Noor Izham bin Abd. Kadir


AJK Wanita
1. Puan Masitah bt. Pandi
2. Puan Azizan bt. Nayan
3. Puan Rohana bt. Mohd Isa
4. Puan Asiah bt. Ahmad
5. Puan Hjh Siti Hazar bt. Suldi
6. Puan Hjh Norlia bt. Johan

Friday, August 12, 2011

al-fatihah



Taman Desa Indah kehilangan seorang lagi warganya..

Encik Zainal Abidin bin Tambi (Sarjan Zainal) telah meninggal dunia dalam usia 63 tahun pada hari Khamis 11 Ogos 2011 kerana barah hati.. Jenazah telah selamat disemadikan di Perkuburan Islam Kg. Jawa pada pagi Jumaat 12 Ogos 2011.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...

AMIN....


Saturday, June 18, 2011

Jamuan BBQ En. Fauzi

Encik Fauzi telah mengadakan jamuan BBQ untuk warga taman yang sama-sama menjayakan majlis perkahwinan anak beliau yang dilangsungkan pada dua minggu yang lalu.







Sunday, June 12, 2011

menziarah abang Zainal



Encik Zainal Abidin ahli warga taman telah dimasukkan ke Wad 8A, Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang , sejak 6 Jun 2010 yang lalu kerana masalah paru-paru...

warga taman mendoakan semoga beliau cepat sembuh..

SALAM TAKZIAH

Semua warga penduduk taman ingin merakamkan ucapan takziah kepada Encik Shukur kerana bapa mertua beliau telah kembali ke Rahmatullah pada hari Rabu 8 Jun 2011 yang lalu.

Semuga Allah mencucuri rahmat keatasnya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

AMIN.....

Sunday, June 5, 2011

gambar kenangan di majlis kenduri Fauzi


dengan menatap gambar-gambar ini semoga ia dapat menceritakan segala-galanya.







majlis walimatul urus




Encik Mohd Fauzi bin Suramin dan isteri telah selamat mengadakan majlis perkahwinan anak perempuan beliau pada 5 Jun 2011 dikediaman No. 3, Lorong Puteri 3, Taman Desa Indah.

Pada sebelah pagi telah diadakan majilis marhaban dan berzanji

Thursday, April 21, 2011

sehening pagi nan syahdu..


cucu-cucu Puan Asiah
si adik menemankan si kakak menunggu van sekolah tadika

Saturday, March 26, 2011

AL-FATIHAH

Allahyarham Nazeri bin Hj. Zainal Abidin(48) warga taman telah meninggal dunia pada 25 Mac 2011 jam 11.55 malam di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang akibat penyakit jantung. Jenazah telah selamat di semadikan di Perkuburan Islam Kg. Jawa pada 26 Mac 2011 jam 11.00 pagi.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. AMIN...

Sunday, March 13, 2011

majlis perkahwinan anak Encik Omar










Encik Omar dan isteri































Encik Omar bin Saed telah selamat mengadakan majlis walimatul urus anak lelaki beliau iaitu Hafiz dan pasangannya Rahayu dikediaman beliau, No. 6, Lorong Puteri 4, Taman Desa Indah...pada 13 Mac 2011.