Tuesday, March 23, 2010

MAJLIS MAULIDUR RASUL 1431H TAMAN DESA INDAH












Bertempat di lorong Puteri 3 berlangsung majlis Sambutan Maulidur Rasul Taman Desa indah Klang. Majlis yang diadakan pada 20.3.2010 bukan julung kali diadakan, tetapi pada setiap tahun. Bagi pihak AJK BKTDI kami semua bersyukur sesungguhnya kerana majlis dapat dijayakan dengan sempurna sepertimana dirancang. Terima kasih pada semua khasnya penyumbang dan ahli taman yang komited dengan aktiviti kemasyarakatan. Sesungguhnya ianya kembali kepada diri kita bersama sementara kita berusaha mempertingkatkan keimanan dengan sentiasa mengingati perjuangan junjuan kita Nabi Muhamad saw dalam perjuangan Islam. Semoga berjumpa lagi...mudah-mudahan diberi kesempatan kita berjumpa lagi di tahun hadapan, Insya Allah.









Tuesday, March 2, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 20 MAC 2010

Syukur alhamdulillah Nenek Misnah yang ditahan di Institut Jantung Negara kian pulih dan kembali ke rumah. Kami warga taman doakan semoga Nenek Misnah terus sejahtera. Apa pun kehidupan ini perlu dihadapi dengan setabah-tabahnya. Umur tua bukan bererti kembali dulu, muda tidak semestinya kemudian perginya. Ajal maut di tangan Tuhan. Insya Allah ada kekuatan kita laksanakan yang wajib seperti yang dikehendakNya.
Sekiranya tiada aral BKTDI bercadang untuk adakan Majlis Sambutan Mauldur Rasul pada Sabtu 20 Mac 2010 di Lorong Puteri 3. Majlis bermula jam 8.45 malam antaranya pengisian program ceramah. Makanya siapalah kita untuk menjadikan diri kita terlalu asing pada perkumpulan yang memang memberi manfaat lebih-lebih lagi sempena mengingati tarikh kelahiran junjuan Nabi Muhamad saw. Harap-harap seluruh penduduk taman datang beramai-ramai, malah selama ini pun sambutan yang diberikan amat mengalakkan. Bagi pihak AJK terima kasih kerana sokongan dan sifat kerjasama yang tertanam di kalangan penduduk juga pada AJK BKTDI Klang yang tidak terus membantu dan komited pada aktiviti taman.