Monday, February 2, 2009

TAKZIAH

Jawatankuasa BKTDI dan seluruh warga taman mengucapkan takziah kepada keluarga Encik Hassan Basri diatas pemergian ibu mertua Hjh Maimunah pada hari Jumaat 30 Januari 2009 jam 8.40 malam kerana sakit tua.
Sebelum itu beberapa ahli taman dengan rasa keprihatinan telah mengadakan bacaan Yasin semasa nazaknya. Alhamdullillah...Allahyarmah telah selamat disemadikan di perkuburan Sg. Jati pada hari Sabtu jam 11.30 pagi.
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya...AMIN.....

SELAMAT MENYAMBUT CAHAYA MATA

Tahniah diucapkan kepada ahli taman iaitu Ustaz Nik Nujaimi yang baru menerima kelahiran cahaya mata yang ketiga seorang puteri pada 26 Januari, 2009 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Semoga berbahagia dengan kehadiran orang tersebut dan diharap memperoleh keceriaan didalam keluarga khasnya dan juga didalam taman kita amnya.

SELAMAT PENGANTIN BARU

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru di ucapkan kepada Encik Muhamad Hafizin bin Yusoff kerana telah melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Cik Rozamardiana pada 25 Januari 2009 yang lalu di kampung halaman di Kelantan.
Encik Muhamad Hafizin adalah ahli taman yang baru berpindah ke No. 14, Lorong Puteri 3. Beliau merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Sri Andalas, Klang.
Jawatankuasa BKTDI dan seluruh warga taman mengucapkan selamat berbahagia hingga ke anak cucu.