Wednesday, April 28, 2010

TUHAN MENYAYANGIMU

terdahulu diceritakan penderitaan dan ujian yang dialami oleh Pak Salleh yang menghidap pelbagai penyakit. Makanya pada petang 28 April 2010 di IJN Kuala Lumpur Pak Salleh telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dan doktor mengesahkan Pak Salleh telah meninggal dunia dan kembali ke rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan kepada seluruh ahli keluargnya kami penduduk taman mengucapkan takziah dan sabar selalu. Allahyarham semasa hayatnya seorang yang periang, rajin dan sangat mesra dengan semua orang khasnya pendduduk taman. Al Fahtihah untuk Allahyarham Pak Salleh.

Saturday, April 24, 2010

SEMOGA PAK SALLEH KEMBALI SIHAT


Kehidupan ini mengajar kita erti kesabaran. Sabar dan sesabarnya, kerana dengan kesabaran mendekatkan kita dengan pencipta Allah swt. Kehidupan ini juga meneruskan aturan yang ditentukan. Namun kita perlu tabah kerana kebahagian dan kesukaran menjadi sebahagian daripada hakikat kehidupan di dunia. Melihat ujian yang diterima oleh keluarga Pak Salleh sewajarnya menginsafkan kita semua. Untuk pengetahuan seluruh ahli Taman sebenarnya sudah hampir tiga bulan Pak Salleh terlantar di hospital, sesudah menjalani pembedahan kaedaannya agak uzur. Teman-teman dan sahabat handai sekiranya ada kelapangan bolehlah luangkan masa , buat masa ini Pak Salleh berada di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur. Kami seluruh penduduk taman mendoakan semoga Pak Salleh terus tabah dan kembali sihat. Amin