Kehidupan ini mengajar kita erti kesabaran. Sabar dan sesabarnya, kerana dengan kesabaran mendekatkan kita dengan pencipta Allah swt. Kehidupan ini juga meneruskan aturan yang ditentukan. Namun kita perlu tabah kerana kebahagian dan kesukaran menjadi sebahagian daripada hakikat kehidupan di dunia. Melihat ujian yang diterima oleh keluarga Pak Salleh sewajarnya menginsafkan kita semua. Untuk pengetahuan seluruh ahli Taman sebenarnya sudah hampir tiga bulan Pak Salleh terlantar di hospital, sesudah menjalani pembedahan kaedaannya agak uzur. Teman-teman dan sahabat handai sekiranya ada kelapangan bolehlah luangkan masa , buat masa ini Pak Salleh berada di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur. Kami seluruh penduduk taman mendoakan semoga Pak Salleh terus tabah dan kembali sihat. Amin
No comments:
Post a Comment