Wednesday, August 27, 2008

SEMANGAT MERDEKA


CAHAYA MATA ZULHILMI

Pasangan Encik Zulhilmi dan Puan Faridah telah selamat menerima cahaya mata yang ketiga pada 26 Ogos, 2008.

Bayi lelaki tersebut telah di lahirkan melalui kaedah pembedahan di Hospital Sungai Buloh.

Encik Zulhilmi adalah merupakan bekas penduduk Taman Desa Indah yang baru berpindah rumah ke Puncak Alam dan beliau juga adalah bekas ahli Badan Kebajikan Taman Desa Indah.(BKTDI)

Pihak BKTDI ingin merakamkan ucapan tahniah kepada pasangan tersebut.

Thursday, August 21, 2008

GOTONG ROYONG TAMAN

Sempena kehadiran Ramadan Al Mubarak tentunya kita berusaha untuk meningkatkan keimanan kita dengan memperbanyakkan amal ibadah. Menerusi ruangan ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan. Ahli taman pun saling bertukar masing-masing berusaha meneruskan kehidupan dengan peluang dan ruang kehidupan yang lebih membahagiakan, Insya Allah.

Dalam usaha menceriakan hati dan keimanan , hendaknya dapat kita sepakat meluangkan masa membersihkan taman kita. Sehubungan itu sekiranya tiada halangan pada Ahad 24 Ogos 2008 ini kita bergotong royong bersihkan taman mulai jam 9.00 pagi Bawalah apa jua alatan untuk tebas rumpai , bersihkan longkang dsb.

'KER ARAH KECERIAAN TAMAN'

Tuesday, August 12, 2008

BULAN SYAABAN

Bulan Syaaban
Sabda Nabi s.a.w :
Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu ( Al-Hadis)
Sesiapa berpuasa sehari sebelum bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga.Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub dan Nabi Daud. Jika dia sempurnakan puasanya seluruh bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya sakratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripada kegelapan di dalam kubur dilepaskan daripada huru-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya pada hari kiamat dan diwajibkan Allah syurga baginya.( Al-Hadis )
Sesiapa berpuasa pada awal hari Khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukkan dia ke dalam syurga.
( Al-Hadis dari kitab Al-Barokah )
Berkata Siti Aishah s.a.w bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah s.a.w ialah bulan Syaaban.
Sabda Nabi s.a.w : Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifarahkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan menyucikan dosa (jasmani & rohani).
Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan. Sesiapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Syaaban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, diberikan rezeki baginya; antara lain sabdanya lagi : Bahawa Allah Taala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.
Sabda Rasulullah s.a.w. : Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.
Oleh itu saya menyeru agar semua muslimin/muslimah bersegera dalam membuat amal kebaikan ini disamping menyambut ketibaan Ramadhan
yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi semoga dosa-dosa kita dikifarahkan oleh Allah S.W.T.Insya Allah.


geovisit();

RENUNGAN BERSAMA

Assalamualaikum wbt.

Berada di bulan Syaaban sesungguhnya menjinakkan kita kepada memperbanyakkan kerja amal maaruf. Maka selepas ini kita berhadapan bulan Ramadan, di mana Allah menjanjikan seribu rahmat kepada umat Muhammad.

Saya bersyukur , dalam membina hubungan siratulrahim kita mempunyai tanggungjawab bersama untuk memperbaiki diri dari masa ke semasa. Namun sebagai insan kita sedar punyai kelemahan dan dituntut kepada kita supaya sentiasa mencari jalan memperbaiki diri . Di sinilah sewajarnya kita merenung sejauhmana amalan baik yang kiota lakukan apakah benar-benar beroleh kerahmatan daripada Allah SWT. Sebaliknya menyedari kekurangan dan kelemahan bersediakah kita memperbaiki keadaan.

Dalam hubungan bermasayarakat perkara yang paling dibimbangi sehingga membawa kepada banyaknya dosa kita tatkala berakunya fitnah atau sebagainya. Daripada sekecil zarah hinggalah sebesar jasad segalanya akan diperhitungkan di hari muka kelak. Oleh demikian, membina hubungan baik khasnya sesama jiranya tetangga menjadi fardu kifayah dan amat dituntut dalam Islam.

Saya berkeyakinan masih banyak ruang untuk sesama kita perbaiki diri. Dan saya juga yakin merenung usia yang kian hampir pada penghujungnya perkara yang amat kita bimbangi kita tidak sempat untuk membetulkan kesilapan apatah lagi menembus dosa-dosa yang belum berbayar.

Dalam ruangan terbatas ini mengambil sedikit renungan dari yang lebih mengerti harapan saya agar kita sama-sama menyedari dan terus berusaha memperbaiki diri dari masa ke semasa. Berusahalah kita untuk memperhebatkan hubungan paling akrab, baik sangka dan menyisihkan rasa prejudis sesama jirah. Yang demikian semoga Allah memberi kerukunan dalam hidup berkeluarga dan bermasyarakat.

TAZKIRAH( SEKADAR RENUNGAN)

Memelihara hubungan baik dengan jiran tetangga
ALLAH Subhanahu Wata'ala memerintahkan hamba-hamba-Nya supaya taat dan mematuhi ajaran kitab suci Al-Qur'an dan Sunnah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Perintah tersebut tidak lain adalah untuk kebaikan manusia. Diantara perkara yang dituntut dalam Islam ialah memelihara hubungan yang baik dengan jiran tetangga.
Adalah tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat kita tidak akan dapat terbentuk tanpa adanya lingkungan mereka yang hidup berjiran, yang sering disebut di negara kita dengan kejiranan kampung. Konsep kejiranan itu amat penting, kerana tidak ada seorang pun yang dapat hidup bersendirian bahkan saling memerlukan, saling bantu-membantu sesama lain, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Maa'idah ayat 2 yang tafsirnya : "Dan hendaklah kamu tolong-menolong untuk membuat kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan."
Dalam hubungan ini agama Islam teleh memerintahkan kita supaya menjaga dan memelihara hubungan yang baik dengan jiran sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radiallahuanhu yang bermaksud : "Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan jirannya."
Dari hadis tersebut dapatlah kita mengambil pelajaran bahawa amalan menghormati jiran amatlah dituntut sehingga amalan berbuat demikian dikaitkan dengan keimanan kita terhadap Allah Subhanahu Wata'ala, ini membuktikan betapa pentingnya tuntutan tersebut dan bukannya perkara remeh dan diambil indah tak indah. Kita mempunyai tanggungjawab dan amanah yang semestinya kita laksanakan dalam hidup berjiran. Diantara hak-hak jiran yang perlu kita laksanakan dan jaga dengan sempurna ialah membina hubungan yang baik lagi mesra dan mereka, sentiasa bermanis muka seperti memberi salam dan bertanya khabar, mengamalkan sikap hormat-menghormati, tolong-menolong, sefahaman dan sentiasa mengelakkan perselisihan faham yang membawa kepada perpecahan. Kita juga hendaklah memberi bantuan jika mereka berada di dalam kesusahan dan menyenangkan hati mereka ketika mereka berada dalam kedukaan dan berbaik sangka dengan mereka demi untuk mengelakkan fitnah.
Bagi menjaga silaturahim yang baik dengan jiran kita, janganlah sekali-kali menyakitkan hati mereka baik dari segi perbuatan, percakapan mahupun dari raut wajah kita. Sesungguhnya perbuatan tidak menghormati jiran seperti tidak menjaga kebersihan sama ada tempat sendiri ataupun membuang sampah di kawasan jiran tetangga atau kita tidak memberi laluan kepada mereka, membuat bising dan sebagainya, begitu juga bila bercakap dengan bahasa yang kasar, kesat atau memalukan seperti menghina, memfitnah atau mengadu domba atau saling tuduh-menuduh, semua perkara tersebut mengundang pergaduhan dan boleh mencetuskan pertelingkahan dan perbelahan. hatta dengan memperlihatkan raut wajah yang menampakkan kemarahan, kebencian atau iri hati, juga boleh mengguris perasaan yang mendatangkan ketegangan dalam hidup berjiran, Kita hendaklah sentiasa berbuat baik dengan jiran kita, kerana menyakiti hati atau perasaan jrian itu balasannya ialah neraka.
Sebagai jiran yang prihatin, kita hendaklah sentiasa berusaha untuk membina hubungan yang baik dengan jiran tegangga kita, kerana itu janganlah kita mengamalkan sikap camah mata. Dan bersikaplah dengan sikap pemedulian terhadap jiran kita serta bantulah mereka yang berada dalam kesusahan baik dengan harta benda mahupun tenaga. Jika jiran sibuk dengan majlis kenduri-kendara, hulurkanlah bantuan biarpun dengan menolong membersihkan kawasan mereka. Dengan amalan yang sedemikian akan lebih mengeratkan lagi hubungan kejiranan serta dapat mencerminkan kehidupan yang harmoni dan bersatu padu.
Dalam kita hidup berjiran, kita perlulah juga menjaga pandangan mata kita. Sebagai contoh, jika jiran kita dari golongan yang kurang berkemampuan, janganlah memandangnya dengan pandangan sombong, riyak dan menghina. Dan jika mereka daripada golongan yang lebih berkemampuan dan berada, janganlah ktia merasa iri hati, dengki dan tidak puas hati. Sesungguhnya segala nikmat dan rezeki yang kita miliki di dunia ini hanyalah pinjaman dan semua itu adalah milik Allah Subhanahu Wata'ala.
Oleh yang demikian ingatlah bahawa memelihara hubungan yang baik dengan jiran tetangga itu merupakan antara nikmat yang amat besar dan sangat berharga bagi umat manusia. Kerana itu kita dituntut untuk menjaganya dengan sebaik-baiknya. Mudah-mudahan kita akan hidup dalam keadaan tenteram, harmoni dan bersatu padu. Seterusnya terbentuklah sebuah masyarakat yang teguh dan dapat menyokong kemajuan dan kestabilan sebuah negara.