Friday, August 13, 2010
PEMERGIAN ADIK SHAHRIZWAN
Tanggal 2 Ramadan 1431H( 12 Ogos 2010) tarikh kehibaan bagi keluarga Hj.Shahruddin dan Pn. Hjyh Norlia kerana anakanda kesayanganya yang sulung Adik Shahrizwan telah kembali ke rahmatullah. Pemergianya seusia 23 tahun saat paling manis dalam kehidupan tentunya ada hikmah besar bagi keluarga Hj.Shahruddin. Setelah mengalami kemalangan sewaktu menjalani tugas harian, segalanya sekadar penyebab dan yang paling bererti Allahyaryham meninggal di bulan mulia bulan Ramadan. Bagi seluruh warga Taman kami mengucapkan takziah dan semoga pasangan Hj. Shahruddin dan Hjh. Norlia bersabar dan kita sama-sama doakan rohnya dicucuri rahmat dan berada di kalangan muslimin dan muslimat yang dipilih oleh Allah swt sebagai ahli syurga. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)