Monday, June 30, 2008

SELAMAT MENERIMA ORANG BARU

Pasangan Encik Mohd Zaki bin Mat Deris dan Puan Rosliza bt. Abd. Latif (No. 4, Lorong Puteri 3) telah mendapat cahaya mata yang ke tiga. Bayi perempuan seberat 2.8 kg telah selamat dilahirkan pada 28 Jun 2008 jam 3.00 petang di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
BKTDI merakamkan ucapan tahniah kepada kedua-dua pasangan, semuga dengan datangnya orang baru akan menambahkan lagi lagi keceriaan serta kebahagiaan keluarga.

AHLI TDI PINDAH RUMAH BARU







Terlebih dahulu tahniah kepada En. Zulhilmi serta Pn. Pn. Faridah masing-masing suami isteri serta anak-anak yang berpindah ke rumah baru. Semenjak tinggal di Taman Desa Indah kira-kira lapan tahun yang lalu, beliau merupakan ahli yang aktif. Sekalipun statusnya hanya menyewa di taman ini tetapi penglibatan dan sokongan dalam hal-jal kemasyarakatan taman cukup baik. Bagi kami perpindahannya satu kehilangan tetapi dalam usia muda pasangan suami isteri beliau telah berjaya memiliki rumah baru seperti alamat di bawah. Kami mendoakan kesejahteraan dan harapan beliau juga agar hubungan baik yang sedia terjalin berkekalan . Insya Allah jika ada kelapangan kami akan bertandang ke Puncakl Alam.
No.38, Jalan Alam Suria,
16/10 Bandar Puncak Alam ,
Shah Alam 2,
42300 Selangor.

Thursday, June 26, 2008

Ahli TDI meninggal Dunia

Seluruh ahli taman merasa dukacita dengan pemergian ke rahmatullah Allahyarham Abdullah Shaidi pada petang Ahad 22 Jun 2008 yang lalu di HBTAR Klang. Menurut balu beliau Pn. Zaiton beliau mengalami demam panas sebelum disahkan meninggal dunia pada petang tersebut. Bagi kami ahli taman pemergiannya dirasai sekalipun beliau agak jarang ditemui di taman ini. Bermula dari tahun 1995 ketika mula-mula tinggal di taman ini beliau memang mesra dan sering terlibat dengan aktiviti taman ini. Pernah sekali beliau memberi sumbangan supaya taman membuat bubur As Syura. Kami sama-sama masak di lorong belakang dan beliaulah yang paling ceria kerana majlis tersebut memberi manfaat pada semua ahli taman. Maksud semua ahli merasa bubur sumbangan beliau. Kepada keluarga Allahyarham kami ucapkan takziah dan kepada arwahnya semoga dicucuri rahmat dan diletakkan rohnya di kalangan orang-orang muslim dan muslimat. Al Fahtihah.