Monday, December 1, 2008

program takbir rumah kerumah

Bil : ( ) dlm BKTDI/08
Tarikh : 1 Disember, 2008

Semua Ahli
Penduduk Taman Desa Indah
Jln Sg. Jati, Kg. Jawa
Klang

Tuan/Puan,

PROGRAM TAKBIR HARI RAYA AIDIL-ADHA 1429H – TAMAN DESA INDAH

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa BKTDI akan mengadakan “Program Takbir Rumah Ke Rumah” sepertimana amalan biasa yang telah diadakan pada setiap tahun sempena Hari Raya Aidil-Adha.

3. Sehubungan dengan itu, program takbir Taman Desa Indah akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:-

TARIKH : 7 DISEMBER, 2008
(9 ZULHIJJAH 1429H)
(Malam Raya Haji)

MASA : 8.00 MALAM

TEMPAT : Bermula dari rumah Penasihat BKTDI
Tuan Hj. Jamaluddin b. Wahab

4. Adalah dimaklumkan bahawa Tuan/Puan tidak perlu menyediakan makanan/minuman dirumah masing-masing tetapi Tuan/Puan boleh membawa makanan tersebut ke khemah yang disediakan di Lorong Puteri 3 (makan selepas takbir selesai) dan Tuan/Puan dijemput hadir bersama keluarga untuk menikmati juadah bersama-sama.

Sekian dimaklumkan, diatas kerjasama Tuan/Puan diucapkan terima kasih.

“KE ARAH KECERIAAN TAMAN”

Saya yang menjalankan tugas,



(ISMAIL BIN SUPANDI)
Pengerusi
Badan Kebajikan Taman Desa Indah

Wednesday, November 26, 2008

Musim berkhatan



Musim cuti sekolah sudah bermula......dan musim berkhatan juga sudah tiba..............

Anak Encik Shukur iaitu Saiful Aqil telah selamat berkhatan pada hari Jumaat 21 November, 2008 di Poliklinik UiTM Shah Alam.

Monday, November 24, 2008

LAGI AHLI BERPINDAH..

Encik Rashid dan keluarga telah berpindah ke Baling Kedah pada 22 November, 2008. Beliau dan keluarga telah menjadi ahli BKTDI selama 3 tahun serta menyewa rumah di No. 14, Lorong Puteri 3, Taman Desa Indah.
Menurut Encik Rashid, permohonan beliau dan isteri untuk bertukar mengajar di Kedah telah lama dilakukan dan baru sekarang ia menjadi kenyataan.
Pihak BKTDI mengucapkan selamat maju jaya kepada Encik Rashid dan keluarga.. Semoga kenangan di Taman ini akan menjadi kenangan manis dan abadi selamanya...

Wednesday, November 19, 2008

AHLI J/KUASA BKTDI SESI 2008/2011

Penasihat I : Tuan Hj. Jamil bin Bakri
Penasihat II : Tuan Hj. Jamaludin b. Wahab

Pengerusi: Encik Ismail bin Supandi
Naib Pengerusi: Tuan Hj. Abdul Aziz bin Abdul Jalil
Bendahari : Tuan Hj. Mohd Ashar bin Sarbini
Setiausaha: Encik Zaini bin Ismail

Ahli Jawatankuasa:
Blok 1: Encik Mohd Noor bin Atan
Blok 2: Encik Ahmad Zawawi bin Zakaria
Blok 3: Encik Azmel bin Kamarudin
Blok 4: Encik Nor Sad bin Darus
Blok 5: Encik Abd. Karim bin Daud
Blok 6: Encik Omar bin Saed

Ahli Jawatankuasa Wanita
1. Puan Masitah binti Pandi
2. Puan Azizah binti Nayan
3. Puan Rohana binti Mohd Isa
4. Puan Hjh Siti Hazar bin Suldi
5. Puan Asiah binti Ahmad

Pemeriksa Kira-Kira
Encik Mohsin bin Sheikh Mohamed

Tuesday, November 11, 2008

renungkan......

handphone

masuk mesej je kita cepat-cepatbaca dan balas.. tapi masuk waktu solat kita tak cepat buat..
Topup Rm 10.00 kita sanggup..tapi sedekah 50 sen kat masjid susah nak bagi..
Time mandi kita boleh nyanyi macam-macam lagu..tapi masa nak makan kenapakadang-kadang lupa baca Bismilllah..
Time kredit tak ada kita susah payah tebus ...tapi dosa-dosa kita lalu susah nak tebus......

Monday, November 3, 2008

ahli berpindah

Encik Zaki bin Mat Deris dan keluarga yang menyewa rumah di No.4, Lorong Puteri 3, Taman Desa Indah telah berpindah ke Quarters Guru di Bukit Kuda pada 2 November, 2008.
Encik Zaki berpindah ke Quarters tersebut sebelum rumah kediaman yang baru dibeli di Ratau Panjang masih dalam pembinaan.
Semua warga Taman Desa Indah merakamkan ucapan terima kasih kepada beliau kerana pernah menjadi ahli taman ini. semoga beliau dan keluarga berbahagia di tempat yang baru..
Pihak AJK BKTDI juga memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan dari pihak kami.
Pengalaman pahit dan manis semasa tinggal ditaman ini diharapkan menjadi kenangan terindah Encik Zaki dan keluarga.
.

Saturday, November 1, 2008

UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA EN. ZAINI

Seluruh warga taman mengucapkan takziah di atas kembalinya ke rahmatullah Ibu En. Zaini yang yang telah meninggal dunia pada subuh 16 November 2008. Kami mendoakan semoga seuruh keluarga En . Zaini bersabar dan menerima pemergian ibu tersayang sebagai ketentuan Allah swt. Secara peribadi saya minta maaf kerana tidak dapat hadir sama meziarahi arwahnya di Sungai Besar kerana berada di Port Dickson urusan kerja. Terima kasih rakan -rakan yang berkesempatan menziarahi keluarga En. Zaini. Al Fahtihah

KORBAN ADIL ADHA 1429H

AJK Badan Kebajikan memberi peluang kepada warga Taman untuk yang berhajat untuk membuat korban sempena Hari Raya Aidil Adha yang dijangka pada 8 Disember 2008. Memandangkan waktu agak singkat mana-mana individu yang berhajat boleh berhuhung terus dengan pengerusi atau Setiausaha atau mana-mana AJK yang ada pada sekurang-kurangnya pada 15 November.

MASJID DATO DAGANG RAI JEMAAH HAJI

Bertempat di Dewan Darul Hikmah Masjid Dato Dagang baru-baru ini telah diadakan majlis meraikan jemaah kariah Kampung Jawa yang akan menuaikan fardu haji. Seramai lebih kurang 17 ahli kariah telah diraikan dalam majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, aluan Iman 1 Ust. Ghazali serta ucapan wakil jemaah. Majlis malam itu sempena juga akhir syawal. Seluruh jemaah yang hadir mendoakan semoga mereka yang terpilih ke tanah suci dapat menjalankan ibadah dengan penuh kesabaran dan dapat pergi dan kembali dengan selamat. Amin

Tuesday, October 28, 2008

PENGHARGAAN KEPADA TUAN PENASIHAT BKTDI

Pengerusi BKTDI, Encik Ismail bin Supandi menyampaikan cenderahati kepada Penasihat BKTDI iaitu Tuan Hj. Jamaludin b. Wahab dan Tuan Jamil bin Bakri

TERIMA KASIH KEPADA WARGA TAMAN

Kepada seluruh taman saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kerjasama serta komitmen penduduk TDI sempena majlis sambutan hari raya pada Ahad 26.10.2008 yang lalu. Kepada AJK sesi 2005-2008 saya percaya sumbangan kita adalah sukarela dan tuan puan telah memberikan yang terbaik setakat yang kita upaya. Tanpa tuan-puan kita tidak dapat jayakan apa jua aktiviti. Kepada ahli yang berpindah mudah-mudahan Allah limpahkan rezeki dan kita masih punya ruang ruang untuk terus berb icara. Kepada ahli taman yang baru kami alu-alukan dan kehadiran serta keterlibatan tuan-puan dalam apa jua aktiviti taman akan menambah ikatan persaudaraan sesama kita. Untuk lantikan AJK baru tentunya saya perlukan buah pandangan ahli khasnya AJK lama sudah dilantik.
Sekali lagi saya mengambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf zahir Batin dan selamat menghadapi hari-hari mendatang dengan penuh rasa persaudaraan. Terima kasih pada setiausaha yang memuatkan dan menghidupkan blogspot tdi.Syabas!

PENUH KECERIAAN


penuh keceriaan.....anak-anak dan ibubapa dengan hadiah
kemenangan

WAWANCARA OLEH WARTAWAN AKHBAR SINAR

Pengerusi BKTDI Encik Ismail sedang diwawancara oleh
wartawan akhbar Sinar

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA TAMAN DESA INDAH

BKTDI telah menganjurkan majlis sambutan hari raya Taman Desa Indah pada hari Ahad 26 Oktober, 2008 bertempat di lorong Puteri 3 iaitu selepas Mesyuarat Agung BKTDI dijalankan.
Seperti biasa pada sebelah pagi gotong royong memasak dilakukan oleh ahli-ahli taman sementara aktiviti pertandingan mewarna oleh anak-anak ahli dijalankan.
Suasana hari tersebut dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah berupa hamper yang dilakukan semasa ahli-ahli menikmati jamuan.
Juga dilakukan pemberian anugerah cenderahati kepada ahli-ahli yang baru berpindah keluar dari taman iaitu Encik Rahman, Encik Zulhilmi, Encik Mokhtar dan Encik Zaki.

Sekitar majlis hari raya Taman Desa Indah


































para jemputan AJK masjid Tok Dagang, Kg. Jawa, Klang





Gambar kenangan AJK BKTDI sesi 2005-2008

AJK BKTDI bagi sesi 2005-2008 bergambar kenangan.
Duduk dari kiri Tuan Hj. Mohd Ashar (Bendahari), Encik Ismail (Pengerusi), Tuan Hj. Jamil (Penasihat), Tuan Hj. Jamaludin(Penasihat), Encik Omar, Tn. Hj. Abdul Aziz dan Encik Nazeri.
Berdiri dari kiri Encik Abd. Karim, Pn. Masitah, Pn. hanisah, Pn. Azizah, Pn. Rohana dan Encik Zaini (Setiausaha)

Aktiviti sebelah pagi 26 okt 2008









Pada sebelah pagi dijalankan aktiviti pertandingan mewarna bagi kanak-kanak dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu tahap 1 (4 hingga 9 tahun) dan tahap 2 (10 hingga 12 tahun)

Diadakan juga pertandingan menulis semula tulisan khat bagi ahli-ahli taman.
Sementara ahli-ahli yang lain pula sibuk mengadakan gotong royong memasak bagi jamuan hari raya yang juga diadakan pada sebelah petang iaitu selepas mesyuarat agung dijalankan.

sekitar mesyuarat agung BKTDI


ahli-ahli sedang meneliti minit mesyuarat yang lalu.

Mesyuarat Agung BKTDI ke-7

Pengerusi BKTDI, Encik Ismail bin Supandi dan
Bendahari BKTDI, Tn. Hj. Mohd Ashar b. Sarbini

BKTDI telah mengadakan mesyuarat agung kali ke-7 pada 26 Oktober, 2008 bertempat di Lorong Puteri 3, Taman Desa Indah bermula jam 4.30 petang. Mesyuarat pada kali ini ialah bagi memilih AJK BKTDI bagi sesi 2008-2011.
Mesyuarat telah pun sebulat suara memilih AJK BKTDI sesi 2008-2011 seperti berikut:-

Pengerusi - Encik Ismail bin Supandi
Naib Pengerusi - Tuan Hj. Abdul Aziz bin Abdul Jalil
Bendahari - Tuan Hj. Mohd Ashar bin Sarbini
Setiausaha - Encik Zaini bin Ismail
AJK Wanita
Puan Masitah bt. Pandi
Puan Azizah bt. Nayan
Puan Hjh Siti Hajar
Puan Rohana bt. Mohd Isa
Puan Asiah binti Ahmad
Mesyuarat telah memutuskan untuk memberi mandat kepada Pengerusi, Naib Pengerusi,, Bendahari dan Setiausaha untuk memilih dan melantik AJK bagi setiap blok 1, blok 2, blok 3, blok 4, blok 5 dan blok 6.



Thursday, October 9, 2008

NOTIS MESYUARAT AGONG BKTDI DAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI TAMAN

BKTDI akan mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-7 dan Majlis Sambutan Hari Raya Raya Aidil Fitri 1429H serentak pada:-

Tarikh : 26 Oktober, 2008 (Ahad)
Masa : 4.00 petang
Tempat : Lorong Puteri 3
Taman Desa Indah

Semua Warga Taman adalah dijemput hadir.

Wednesday, August 27, 2008

SEMANGAT MERDEKA


CAHAYA MATA ZULHILMI

Pasangan Encik Zulhilmi dan Puan Faridah telah selamat menerima cahaya mata yang ketiga pada 26 Ogos, 2008.

Bayi lelaki tersebut telah di lahirkan melalui kaedah pembedahan di Hospital Sungai Buloh.

Encik Zulhilmi adalah merupakan bekas penduduk Taman Desa Indah yang baru berpindah rumah ke Puncak Alam dan beliau juga adalah bekas ahli Badan Kebajikan Taman Desa Indah.(BKTDI)

Pihak BKTDI ingin merakamkan ucapan tahniah kepada pasangan tersebut.

Thursday, August 21, 2008

GOTONG ROYONG TAMAN

Sempena kehadiran Ramadan Al Mubarak tentunya kita berusaha untuk meningkatkan keimanan kita dengan memperbanyakkan amal ibadah. Menerusi ruangan ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan. Ahli taman pun saling bertukar masing-masing berusaha meneruskan kehidupan dengan peluang dan ruang kehidupan yang lebih membahagiakan, Insya Allah.

Dalam usaha menceriakan hati dan keimanan , hendaknya dapat kita sepakat meluangkan masa membersihkan taman kita. Sehubungan itu sekiranya tiada halangan pada Ahad 24 Ogos 2008 ini kita bergotong royong bersihkan taman mulai jam 9.00 pagi Bawalah apa jua alatan untuk tebas rumpai , bersihkan longkang dsb.

'KER ARAH KECERIAAN TAMAN'

Tuesday, August 12, 2008

BULAN SYAABAN

Bulan Syaaban
Sabda Nabi s.a.w :
Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu ( Al-Hadis)
Sesiapa berpuasa sehari sebelum bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga.Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub dan Nabi Daud. Jika dia sempurnakan puasanya seluruh bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya sakratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripada kegelapan di dalam kubur dilepaskan daripada huru-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya pada hari kiamat dan diwajibkan Allah syurga baginya.( Al-Hadis )
Sesiapa berpuasa pada awal hari Khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukkan dia ke dalam syurga.
( Al-Hadis dari kitab Al-Barokah )
Berkata Siti Aishah s.a.w bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah s.a.w ialah bulan Syaaban.
Sabda Nabi s.a.w : Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifarahkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan menyucikan dosa (jasmani & rohani).
Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan. Sesiapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Syaaban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, diberikan rezeki baginya; antara lain sabdanya lagi : Bahawa Allah Taala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.
Sabda Rasulullah s.a.w. : Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.
Oleh itu saya menyeru agar semua muslimin/muslimah bersegera dalam membuat amal kebaikan ini disamping menyambut ketibaan Ramadhan
yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi semoga dosa-dosa kita dikifarahkan oleh Allah S.W.T.Insya Allah.


geovisit();

RENUNGAN BERSAMA

Assalamualaikum wbt.

Berada di bulan Syaaban sesungguhnya menjinakkan kita kepada memperbanyakkan kerja amal maaruf. Maka selepas ini kita berhadapan bulan Ramadan, di mana Allah menjanjikan seribu rahmat kepada umat Muhammad.

Saya bersyukur , dalam membina hubungan siratulrahim kita mempunyai tanggungjawab bersama untuk memperbaiki diri dari masa ke semasa. Namun sebagai insan kita sedar punyai kelemahan dan dituntut kepada kita supaya sentiasa mencari jalan memperbaiki diri . Di sinilah sewajarnya kita merenung sejauhmana amalan baik yang kiota lakukan apakah benar-benar beroleh kerahmatan daripada Allah SWT. Sebaliknya menyedari kekurangan dan kelemahan bersediakah kita memperbaiki keadaan.

Dalam hubungan bermasayarakat perkara yang paling dibimbangi sehingga membawa kepada banyaknya dosa kita tatkala berakunya fitnah atau sebagainya. Daripada sekecil zarah hinggalah sebesar jasad segalanya akan diperhitungkan di hari muka kelak. Oleh demikian, membina hubungan baik khasnya sesama jiranya tetangga menjadi fardu kifayah dan amat dituntut dalam Islam.

Saya berkeyakinan masih banyak ruang untuk sesama kita perbaiki diri. Dan saya juga yakin merenung usia yang kian hampir pada penghujungnya perkara yang amat kita bimbangi kita tidak sempat untuk membetulkan kesilapan apatah lagi menembus dosa-dosa yang belum berbayar.

Dalam ruangan terbatas ini mengambil sedikit renungan dari yang lebih mengerti harapan saya agar kita sama-sama menyedari dan terus berusaha memperbaiki diri dari masa ke semasa. Berusahalah kita untuk memperhebatkan hubungan paling akrab, baik sangka dan menyisihkan rasa prejudis sesama jirah. Yang demikian semoga Allah memberi kerukunan dalam hidup berkeluarga dan bermasyarakat.

TAZKIRAH( SEKADAR RENUNGAN)

Memelihara hubungan baik dengan jiran tetangga
ALLAH Subhanahu Wata'ala memerintahkan hamba-hamba-Nya supaya taat dan mematuhi ajaran kitab suci Al-Qur'an dan Sunnah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Perintah tersebut tidak lain adalah untuk kebaikan manusia. Diantara perkara yang dituntut dalam Islam ialah memelihara hubungan yang baik dengan jiran tetangga.
Adalah tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat kita tidak akan dapat terbentuk tanpa adanya lingkungan mereka yang hidup berjiran, yang sering disebut di negara kita dengan kejiranan kampung. Konsep kejiranan itu amat penting, kerana tidak ada seorang pun yang dapat hidup bersendirian bahkan saling memerlukan, saling bantu-membantu sesama lain, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Maa'idah ayat 2 yang tafsirnya : "Dan hendaklah kamu tolong-menolong untuk membuat kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan."
Dalam hubungan ini agama Islam teleh memerintahkan kita supaya menjaga dan memelihara hubungan yang baik dengan jiran sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radiallahuanhu yang bermaksud : "Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan jirannya."
Dari hadis tersebut dapatlah kita mengambil pelajaran bahawa amalan menghormati jiran amatlah dituntut sehingga amalan berbuat demikian dikaitkan dengan keimanan kita terhadap Allah Subhanahu Wata'ala, ini membuktikan betapa pentingnya tuntutan tersebut dan bukannya perkara remeh dan diambil indah tak indah. Kita mempunyai tanggungjawab dan amanah yang semestinya kita laksanakan dalam hidup berjiran. Diantara hak-hak jiran yang perlu kita laksanakan dan jaga dengan sempurna ialah membina hubungan yang baik lagi mesra dan mereka, sentiasa bermanis muka seperti memberi salam dan bertanya khabar, mengamalkan sikap hormat-menghormati, tolong-menolong, sefahaman dan sentiasa mengelakkan perselisihan faham yang membawa kepada perpecahan. Kita juga hendaklah memberi bantuan jika mereka berada di dalam kesusahan dan menyenangkan hati mereka ketika mereka berada dalam kedukaan dan berbaik sangka dengan mereka demi untuk mengelakkan fitnah.
Bagi menjaga silaturahim yang baik dengan jiran kita, janganlah sekali-kali menyakitkan hati mereka baik dari segi perbuatan, percakapan mahupun dari raut wajah kita. Sesungguhnya perbuatan tidak menghormati jiran seperti tidak menjaga kebersihan sama ada tempat sendiri ataupun membuang sampah di kawasan jiran tetangga atau kita tidak memberi laluan kepada mereka, membuat bising dan sebagainya, begitu juga bila bercakap dengan bahasa yang kasar, kesat atau memalukan seperti menghina, memfitnah atau mengadu domba atau saling tuduh-menuduh, semua perkara tersebut mengundang pergaduhan dan boleh mencetuskan pertelingkahan dan perbelahan. hatta dengan memperlihatkan raut wajah yang menampakkan kemarahan, kebencian atau iri hati, juga boleh mengguris perasaan yang mendatangkan ketegangan dalam hidup berjiran, Kita hendaklah sentiasa berbuat baik dengan jiran kita, kerana menyakiti hati atau perasaan jrian itu balasannya ialah neraka.
Sebagai jiran yang prihatin, kita hendaklah sentiasa berusaha untuk membina hubungan yang baik dengan jiran tegangga kita, kerana itu janganlah kita mengamalkan sikap camah mata. Dan bersikaplah dengan sikap pemedulian terhadap jiran kita serta bantulah mereka yang berada dalam kesusahan baik dengan harta benda mahupun tenaga. Jika jiran sibuk dengan majlis kenduri-kendara, hulurkanlah bantuan biarpun dengan menolong membersihkan kawasan mereka. Dengan amalan yang sedemikian akan lebih mengeratkan lagi hubungan kejiranan serta dapat mencerminkan kehidupan yang harmoni dan bersatu padu.
Dalam kita hidup berjiran, kita perlulah juga menjaga pandangan mata kita. Sebagai contoh, jika jiran kita dari golongan yang kurang berkemampuan, janganlah memandangnya dengan pandangan sombong, riyak dan menghina. Dan jika mereka daripada golongan yang lebih berkemampuan dan berada, janganlah ktia merasa iri hati, dengki dan tidak puas hati. Sesungguhnya segala nikmat dan rezeki yang kita miliki di dunia ini hanyalah pinjaman dan semua itu adalah milik Allah Subhanahu Wata'ala.
Oleh yang demikian ingatlah bahawa memelihara hubungan yang baik dengan jiran tetangga itu merupakan antara nikmat yang amat besar dan sangat berharga bagi umat manusia. Kerana itu kita dituntut untuk menjaganya dengan sebaik-baiknya. Mudah-mudahan kita akan hidup dalam keadaan tenteram, harmoni dan bersatu padu. Seterusnya terbentuklah sebuah masyarakat yang teguh dan dapat menyokong kemajuan dan kestabilan sebuah negara.

Monday, June 30, 2008

SELAMAT MENERIMA ORANG BARU

Pasangan Encik Mohd Zaki bin Mat Deris dan Puan Rosliza bt. Abd. Latif (No. 4, Lorong Puteri 3) telah mendapat cahaya mata yang ke tiga. Bayi perempuan seberat 2.8 kg telah selamat dilahirkan pada 28 Jun 2008 jam 3.00 petang di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
BKTDI merakamkan ucapan tahniah kepada kedua-dua pasangan, semuga dengan datangnya orang baru akan menambahkan lagi lagi keceriaan serta kebahagiaan keluarga.

AHLI TDI PINDAH RUMAH BARU







Terlebih dahulu tahniah kepada En. Zulhilmi serta Pn. Pn. Faridah masing-masing suami isteri serta anak-anak yang berpindah ke rumah baru. Semenjak tinggal di Taman Desa Indah kira-kira lapan tahun yang lalu, beliau merupakan ahli yang aktif. Sekalipun statusnya hanya menyewa di taman ini tetapi penglibatan dan sokongan dalam hal-jal kemasyarakatan taman cukup baik. Bagi kami perpindahannya satu kehilangan tetapi dalam usia muda pasangan suami isteri beliau telah berjaya memiliki rumah baru seperti alamat di bawah. Kami mendoakan kesejahteraan dan harapan beliau juga agar hubungan baik yang sedia terjalin berkekalan . Insya Allah jika ada kelapangan kami akan bertandang ke Puncakl Alam.
No.38, Jalan Alam Suria,
16/10 Bandar Puncak Alam ,
Shah Alam 2,
42300 Selangor.

Thursday, June 26, 2008

Ahli TDI meninggal Dunia

Seluruh ahli taman merasa dukacita dengan pemergian ke rahmatullah Allahyarham Abdullah Shaidi pada petang Ahad 22 Jun 2008 yang lalu di HBTAR Klang. Menurut balu beliau Pn. Zaiton beliau mengalami demam panas sebelum disahkan meninggal dunia pada petang tersebut. Bagi kami ahli taman pemergiannya dirasai sekalipun beliau agak jarang ditemui di taman ini. Bermula dari tahun 1995 ketika mula-mula tinggal di taman ini beliau memang mesra dan sering terlibat dengan aktiviti taman ini. Pernah sekali beliau memberi sumbangan supaya taman membuat bubur As Syura. Kami sama-sama masak di lorong belakang dan beliaulah yang paling ceria kerana majlis tersebut memberi manfaat pada semua ahli taman. Maksud semua ahli merasa bubur sumbangan beliau. Kepada keluarga Allahyarham kami ucapkan takziah dan kepada arwahnya semoga dicucuri rahmat dan diletakkan rohnya di kalangan orang-orang muslim dan muslimat. Al Fahtihah.

Monday, May 5, 2008

renungan


Pesan Roh Kepada Manusia
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya". Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri.. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.

SEKELUMIT SEJARAH TAMAN DESA INDAH

SEJARAH TAMAN DESA INDAH
Taman Desa Indah telah dimajukan oleh syarikat Lebar Daun Contruction di dalam sebidang tanah di Jalan Sungai Jati, Kg. Jawa, Klang. Jalan Sungai Jati ini dahulunya dikenali sebagai JALAN UGANDA dikalangan penduduk-penduduk Kampung Jawa.

Taman Desa Indah ini juga adalah merupakan taman perumahan yang pertama didirikan di Jalan Sungai Jati ini dan mula diduduki pada akhir tahun 1994 (Oktober).

Taman Desa Indah ini juga terlalu istimewa kerana semua penduduknya adalah dikalangan orang Melayu kerana ianya tanah “Malay Reserve”.

Status rumah kediamannya pula ialah 6 blok rumah teres iaitu 18 buah rumah teres setingkat dan 12 buah rumah dua tingkat seperti kedudukan berikut:-


- Lorong Puteri 1 (1 blok) - 6 buah rumah teres 2 tingkat)
- Lorong Puteri 2 (2 blok) - 6 buah rumah teres 2 tingkat dan 7 buah teres setingkat
- Lorong Puteri 3 (2 blok) - 14 buah rumah teres setingkat
- Lorong Puteri 4 (1 blok) - 7 buah rumah teres setingkat



SEJARAH BADAN KEBAJIKAN DESA INDAH (BKTDI)

Bagi menambah erat perpaduan dan kejiranan diantara penduduk taman, maka timbullah inisiatif diantara penduduk untuk menubuhkan satu pertubuhan dan ia dikenali dengan nama BADAN KEBAJIKAN TAMAN DESA INDAH (BKTDI)

Tujuan penubuhan ialah untuk merancang segala aktiviti taman seperti gotong royong, jamuan dan sebagainya. Setiap penduduk taman adalah ditaarifkan sebagai ahli BKTDI dimana setiap keluarga akan diminta membayar yuran sumbangan bulanan BKTDI sebanyak RM 5.00 sahaja
.

Sejak penubuhannya, BKTDI telah mengadakan sebanyak 6 kali Mesyuarat Agung Tahunan bagi pemilihan Pengerusi, Naib Pengerusi, Bendahari, Setiausaha dan AJK-AJKnya. Bermula dari itu maka pemilihan dilakukan dikalangan ahli penduduk bagi tempoh 2 tahun.

Walaubagaimana pun didalam Mesyuarat Agung BKTDI kali ke 6 pada 26 Oktober, 2005 telah memutuskan bahawa pemilihan diadakan bagi tempoh 3 tahun sekali.

SALAWAT KE ATAS NABI

Salawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W telah berkumandang di Taman Desa Indah pada 5 April, 2008 (sabtu mlm Ahad) oleh penduduk taman sempena sambutan Majlis Maulidul Rasul 1429H.






Tuesday, April 29, 2008

PENGERUSI BKTDI

Pengerusi BKTDI, Encik Ismail bin Supandi sewaktu menyampaikan ucpan alau-aluan semasa Majlis Sambutan Maulidul Rasul 1429H Taman Desa Indah pada 5 April, 2008. Disebelah beliau ialah Uztaz Norhisham b. Ahmad, penceramah undangan dan Tuan Hj. Osman , Imam Masjid Kg. Jawa, Klang

Monday, April 28, 2008

TABUNG KHAIRAT KEMATIAN


Tujuan

1. Memberi bantuan kewangan kepada ahli atau tanggungan ahli apabila berlaku kematian diantara mereka.

Kadar Sumbangan/khairat

1. Ahli RM 400.00 sahaja
2. Isteri RM 400.00 sahaja
3. Anak RM 400.00 sahaja


Syarat-Syarat Menjadi Ahli

1. Terbuka kepada semua ahli penduduk Taman Desa Indah, Klang
2. Bayaran keahlian ialah sebanyak RM 50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja)
3. Yuran Tahunan (setiap hujung tahun) ialah sebanyak RM 10.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Sahaja).

Syarat-Syarat Lain

1. Apabila ada ahli aatu tanggungan ahli yang meninggal dunia dan wang sumbangan/khairat telah dikeluarkan, setiap ahli dimestikan mengisi semula wang tabung khairat yang telah dikeluarkan itu secara sama rata/sama banyak.

Contoh

a. Jumlah ahli seramai 20 orang
b. Seorang anak ahli telah meninggal dunia
c. Wang sumbangan/khairat yang telah dikeluarkan sebanyak RM 400.00 sahaja.
d. Wang sumbangan dikutip semula daripada ahli ialah:-
RM 400.00 bahagi 20 orang = RM 20.00
e. Wang tabung akan terkumpul semula sebanyak RM 400.00

TABUNG KHAIRAT KEMATIAN BKTDI

Badan Kebajikan Taman Desa Indah (BKTDI) mempunyai Tabung khairat Kematian pada masa ini masih membuka penyertaan kepada ahli penduduk taman untuk menyertai nya.
Semenjak ditubuhkan, Tabung Khairat Kematian telah pun dibuat pengeluaran sebanyak dua (2) kali kepada ahlinya iaitu:-

i) Allahyarhamah Adik Nor Atina (anak Encik Nor Sad)
ii) Allahyarhamah Puan Jameah

Senarai Ahli Terkini adalah seperti berikut:-

1. Encik Ismail bin Supandi
N0. 11, Lorong Puteri 3
012-3623739

2. Tuan Haji Mohd Ashar bin Sarbini
N0. 7, Lorong Puteri 2
012-6054322

3. Encik Zaini bin Ismail
N0. 7, Lorong Puteri 3
012-6991083


4. Encik Karim bin Daud
N0. 5, Lorong Puteri 3
019-3578650

5. Encik Jemanih bin Yahya
N0. 2, Lorong Puteri 4
017-6527590

6. Encik Omar bin Saed
N0. 6, Lorong Puteri 4
016-3403779

7. Encik M. Salih bin Ahmad
N0. 9, Lorong Puteri 1
03-33746657

8. Tuan Haji Abdul Aziz bin Abdul Jalil
N0. 12, Lorong Puteri 2
012-2670747

9. Encik Mohd Noor bin Atan
N0. 5, Lorong Puteri 1
019-2116614

10. Encik Nor Sad bin Darus
N0. 2, Lorong Puteri 3
013-3301740

11. Encik Abd. Ghani bin Zainuddin
N0.10, Lorong Puteri 2
017-3663848

12. Encik Roslee bin Sogo
Jln. Sg. Jati
019-6499504

13. Encik Abdullah bin Abd. Razak
Desa Latania
012-6598682

14. Encik Hamizi bin Osman
Desa Latania
019-2268963

15. Tuan Hj. Mohd Anuar bin Mohd Saleh
Seksyen 7, S.Alam
019-2044544

16. Encik Zainal Abidin bin Tambi
N0. 8, Lorong Puteri 4
012-2529238

Thursday, April 24, 2008

PESAN ORANG TUA (PETUA RUMAH TANGGA)

1. Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-
duaan, beriadah dan mandi bersama.
2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayangakan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahuberseronok dengan isteri.
4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminyaberada di rumah bersama-samanya.
5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkanjemu kepada pasangan.
6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumahtangga.
7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembalikenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkananak.
9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satudan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelumhabis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali(rujuk).
10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranyarumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luarberbanding keluarga sendiri.
12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunialuar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabitdengan jualan langsung.
13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangandan pergaulan sesama ahli keluarga.
14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabilakeluar rumah.
15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu,tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar danmasing-masing menegakkan pendapat sendiri.
18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkanseperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut danindah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitusifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhatimuda walaupun masing-masing sudah berusia.
20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapatetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangkapanjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyangberjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dankemesraan.
23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diraguikehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani danmelahirkan generasi seterusnya.”

TAZKIRAH

Thursday, April 10, 2008

AHLI JAWATANKUASA BKTDI

En. Ismail Supandi -Pengerusi
En. Muhamad Mokhtar bin Musa -Naib Pengerusi (berpindah Kuala Lipis)
En. Zaini bin Ismail -Setiusaha
Tn.Mohd. Ashar bin Sarbini -Bendahari
Tn. Abdul Aziz bin Abd.Jalil - AJK
En.Mohd. Noor bin Atan
En.Zulhelmi bin Abd. Salam
En.Mohd. Nazri bin Hj. Zainal Abidin
En. Karim bin Daud
En. Omar bin Saed
Pn. Masitah bt. Pandi
Pn. Rohana bt. Mohd. Isa
Pn. Hanisah bt.Md. Noor
Pn. Azizah bt. Nayan

Sambutan Maulir Rasul BTDI 1429H


Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat taman telah diadakan pada 5 April 2008(29 Rabiulawal 1429H). Majlis dimulakan dengan bacaan AlQuran, ceramah dan selawat beramai-ramai. AJK taman mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua warga taman, ahli kariah kampung jawa jemaah masjid Dato Dagang yang hadir pada malam itu.

Sunday, April 6, 2008

Cetusan Pengerusi TDI

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu saya bagi pihak Badan Kebajikan Taman Desa Indah mendoakan kesejahteraan seluruh warga taman. Dalam tidak sedar hampir 14 tahun sejak 1995 kita tinggal di taman ini. Saya bersyukur selama 14 tahun juga kehidupan kita semua dalam keadaan aman . Segala-galanya hasil hidup bermuafakat antara kita. Walaubagaimanapun selama 14 ahli taman saling berganti penghuni. Semuanya atas faktor rezeki dan kesesuaian untuk meneruskan kehidupan ini. Namun antara kita masih mampu membina perhubungan.

Laman blog ini dibangunkan sudah tentunya merupakan cara kita dapat menali aruskan hubungan. Kesempatan secara maya melalui talian ini sesungguhnya dapat merangkai hubungan kita. Saya sedar setiap antara kita sibuk dengan hambatan tugas masing-masing. Walaubagaimanapun dengan adanya laman blog yang saya bangunkan khasnya untuk warga taman maka antara kita akan dapat saling berhubung.

Akhirnya saya mendoakan semuga seluru warga taman dalam hidup yang penuh keberkatan.
Wassalam.

Pengerusi
E.Mail : ismas2961@yahoo.com
blog : puteri3tdi.blogspot.com