Monday, May 5, 2008

SEKELUMIT SEJARAH TAMAN DESA INDAH

SEJARAH TAMAN DESA INDAH
Taman Desa Indah telah dimajukan oleh syarikat Lebar Daun Contruction di dalam sebidang tanah di Jalan Sungai Jati, Kg. Jawa, Klang. Jalan Sungai Jati ini dahulunya dikenali sebagai JALAN UGANDA dikalangan penduduk-penduduk Kampung Jawa.

Taman Desa Indah ini juga adalah merupakan taman perumahan yang pertama didirikan di Jalan Sungai Jati ini dan mula diduduki pada akhir tahun 1994 (Oktober).

Taman Desa Indah ini juga terlalu istimewa kerana semua penduduknya adalah dikalangan orang Melayu kerana ianya tanah “Malay Reserve”.

Status rumah kediamannya pula ialah 6 blok rumah teres iaitu 18 buah rumah teres setingkat dan 12 buah rumah dua tingkat seperti kedudukan berikut:-


- Lorong Puteri 1 (1 blok) - 6 buah rumah teres 2 tingkat)
- Lorong Puteri 2 (2 blok) - 6 buah rumah teres 2 tingkat dan 7 buah teres setingkat
- Lorong Puteri 3 (2 blok) - 14 buah rumah teres setingkat
- Lorong Puteri 4 (1 blok) - 7 buah rumah teres setingkat



SEJARAH BADAN KEBAJIKAN DESA INDAH (BKTDI)

Bagi menambah erat perpaduan dan kejiranan diantara penduduk taman, maka timbullah inisiatif diantara penduduk untuk menubuhkan satu pertubuhan dan ia dikenali dengan nama BADAN KEBAJIKAN TAMAN DESA INDAH (BKTDI)

Tujuan penubuhan ialah untuk merancang segala aktiviti taman seperti gotong royong, jamuan dan sebagainya. Setiap penduduk taman adalah ditaarifkan sebagai ahli BKTDI dimana setiap keluarga akan diminta membayar yuran sumbangan bulanan BKTDI sebanyak RM 5.00 sahaja
.

Sejak penubuhannya, BKTDI telah mengadakan sebanyak 6 kali Mesyuarat Agung Tahunan bagi pemilihan Pengerusi, Naib Pengerusi, Bendahari, Setiausaha dan AJK-AJKnya. Bermula dari itu maka pemilihan dilakukan dikalangan ahli penduduk bagi tempoh 2 tahun.

Walaubagaimana pun didalam Mesyuarat Agung BKTDI kali ke 6 pada 26 Oktober, 2005 telah memutuskan bahawa pemilihan diadakan bagi tempoh 3 tahun sekali.

No comments: