Monday, December 1, 2008

program takbir rumah kerumah

Bil : ( ) dlm BKTDI/08
Tarikh : 1 Disember, 2008

Semua Ahli
Penduduk Taman Desa Indah
Jln Sg. Jati, Kg. Jawa
Klang

Tuan/Puan,

PROGRAM TAKBIR HARI RAYA AIDIL-ADHA 1429H – TAMAN DESA INDAH

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa BKTDI akan mengadakan “Program Takbir Rumah Ke Rumah” sepertimana amalan biasa yang telah diadakan pada setiap tahun sempena Hari Raya Aidil-Adha.

3. Sehubungan dengan itu, program takbir Taman Desa Indah akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:-

TARIKH : 7 DISEMBER, 2008
(9 ZULHIJJAH 1429H)
(Malam Raya Haji)

MASA : 8.00 MALAM

TEMPAT : Bermula dari rumah Penasihat BKTDI
Tuan Hj. Jamaluddin b. Wahab

4. Adalah dimaklumkan bahawa Tuan/Puan tidak perlu menyediakan makanan/minuman dirumah masing-masing tetapi Tuan/Puan boleh membawa makanan tersebut ke khemah yang disediakan di Lorong Puteri 3 (makan selepas takbir selesai) dan Tuan/Puan dijemput hadir bersama keluarga untuk menikmati juadah bersama-sama.

Sekian dimaklumkan, diatas kerjasama Tuan/Puan diucapkan terima kasih.

“KE ARAH KECERIAAN TAMAN”

Saya yang menjalankan tugas,



(ISMAIL BIN SUPANDI)
Pengerusi
Badan Kebajikan Taman Desa Indah