TAMAN DESA INDAH
Sunday, February 10, 2013
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H
BKTDI telah mengadakan Majlis Sambutan Malidur Rasul 1434H pada 8 Februari 2013, bertempat di Lorong Puteri 3 bermula jam 9.00 malam. Penceramah jemputan ialah Ybhg Berbahagia Ustaz Abdullah Jusoh, Pengetua KISAS.
Tuesday, January 1, 2013
Di Ambang 2013
BKTDI telah mengadakan jamuan sempena malam tahun baru 2013 pada 31 Disember 2013, bertempat di Lorong Puteri3, Taman Desa Indah. Majlis malam tersebut dimulai dengan bacaan tahlil dirumah En. Karim. Jamuan diselang selikan dengan acara memotong kek sempena hari jadi Syamin (anak Encik Karim)..Majlis dimeriahkan lagi dengan acara pemberian hadiah kepada peserta-peserta dan pemenang-pemenang Bowling yang diadakan pada 25 Disember 2012.
Tuesday, December 25, 2012
pertandingan bowling
Pertandingan bowling taman telah diadakan pada 5 Disember 2012 di Pusat Bowling Klang Parade. Seramai 50 orang peserta telah mengambil bahagian yang melibatkan keluarga warga taman dari semua peringkat anak-anak dan ibuabapa..
Friday, October 26, 2012
Majlis Korban 1433H
BKTDI telah menganjurkan majlis korban yang diadakan pada hari pertama Idul-Adha 1433H dengan penyembelihan seekor lembu
program takbir idul-adha 1433H
Program takbir dari rumah kerumah telah diadakan pada hari khamis 25 Oktober 2012 (malam idul-adha) bermula dari rumah Penasihat BKTDI, Tuan Hj. Jamaludin Wahab dan diakhiri dengan majlis tahlil di rumah Encik Karim..
Walaupun dalam hujan, program tetap dijalankan dan berakhir dengan jamuan ringan dikhemah yang disediakan di Lorong Puteri 3, Taman Desa Indah
Walaupun dalam hujan, program tetap dijalankan dan berakhir dengan jamuan ringan dikhemah yang disediakan di Lorong Puteri 3, Taman Desa Indah
Sunday, September 9, 2012
Majlis Sambutan Eidul-Fitri 1433H
Majlis sambutan Eidulfitri 1433H Taman Desa Indah telah diadakan pada 8hb September 2012 bersamaan 21 Syawal 1433H bertempat di Lorong Puteri 3, mulai jam 9.00 malam.
Pada tahun ini majlis dimeriahkan lagi dengan acara sampingan iaitu cabutan bertuah dan juga pertunjukan bunga api.
(gmbar-gambar lain boleh diperolehi dengan melayari laman facebook Taman Desa Indah Kg Jawa)
Pada tahun ini majlis dimeriahkan lagi dengan acara sampingan iaitu cabutan bertuah dan juga pertunjukan bunga api.
(gmbar-gambar lain boleh diperolehi dengan melayari laman facebook Taman Desa Indah Kg Jawa)
Subscribe to:
Posts (Atom)









































