Sunday, October 3, 2010

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI







BKTDI telah menganjurkan majlis hari raya aidilfitri 1431H pada 2 Oktober 2010, bertempat di Lorong Puteri 3 bermula jam 8.00 malam. Jamuan telah disajikan dengan hidangan nasi beriani, laksa, lemang, nasihimpit, sate, air kelapa muda, cendol, kuih muih, buah-buahan, ais kerim dan sebagainya.. Walaubagaimanapun Pengerusi BKTDI tidak dapat turut serta kerana terpaksa balik ke Johor berikutan abang iparbeliau telah meninggal dunia. Tuan Hj. Mohd Ashar telah menggantikan sebagai Pengerusi Majlis pada malamtersebut..
BKTDI mengucapkan terima kasih kepada warga taman yang telah memberikan sumbangan sama ada dalam bentuk wang ringgit, juadah dan tenaga dalam menjayakan majlis....hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya...

1 comment:

E-ISMAS said...

Tahniah dan terima kasih banyak semua AJK serta warga taman yang berjayakan majlis tersebut. Sesungguhnya majlis yang demikian mengikat hubungan baik antara kita penduduk taman dulu , kini dan di masa-masa akan datang.