

Jawatankuasa BKTDI telah menganjurkan program penyediaan bubur lambuk pada hari Sabtu 10 Januari, 2008 bersamaan 13 Muharam 1430 H bertempat di Lorong Puteri 3, Taman Desa Indah. Gotong royong memasak telah dimulakan pada jam 12.00 tengahari...
Ahli-ahli taman berkumpul untuk menikmati hidangan bubur lambuk selepas waktu asar dimulai dengan bacaan doa selamat diketuai oleh Penasihat BKTDI iaitu Tuan Hj. Jamaludin dan Tuan Hj. Jamil.
Beberapa ahli taman telah bermurah hati menyumbangkan kuih muih sebagai menambah hidangan pada petang tersebut.Jawatankuasa BKTDI mengucapkan terima kasih diatas segala sumbangan yang telah diberikan samada sumbangan kuih muih, sumbangan tenaga dan sebagainya.
Tujuan utama diadakan program yang sebegini ialah untuk merapatkan lagi tali silatulrahim yang telah sedia terjalin.
1 comment:
Terima kasih kerjasama setiusaha serta ajk yang sempat hadir dalam mesyuarat lalu. Sesungguhnya untuk perjalanan jauh kita kena melalui perjalan dekat dahulu. Kadangkala perjalanan dekat belum ada jaminan selamat, segalaanya bermula daripada sabar,sabar dan kesabaran.
Post a Comment